
Kompleks Sukan Air Putrajaya Presint 5 - Seawal jam 7 lagi ada yang dah sampai untuk memeriahkan lagi family day's dan karnival perahu naga
JPM bagi tahun 2011. Ada yang datang dengan bawa keluarga dan ada yang datang dengan awek/tunang/skandal/kawan. Banyak juga booth yang dibuka pada hari tu seperti tahun2 sudah. Tetapi tahun ni special sikit sebab ada booth MyTV3. Siap ada artis dari cerita Juvana lagi tu, nice dapat jumpa daim and cikgu zakiah.hehehehe.

Tetamu kehormat haritu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan sri sidek hassan. Ada la TKSU/KP/TKP/ dari beberapa jabatan yang turut memeriahkan lagi suasana pada pagi sabtu tu yang agak mendung sikit. Lepas dengar/tunggu perasmian hari keluarga tu,ada pulak senamrobik.Macam2 skill keluar.hahaha..Memang lawak tengok depa ni,yang aku lak snap2 gambo depa ni.Bukan senang nak tengok depa ni exercise..hahahaha..Ada yang macam silat,tai chi..Lawak tol..

Acara perahu naga ni pula baru diadakan untuk pertama kalinya ketika hari keluarga JPM. Ada yang betul hebat dan ada yang macam bersantai gayanya ketika karnival.Mungkin yang dah biasa tu ok la untuk menang tapi bagi yang tak biasa tu kelakar pulak tengok sebab ada yang langgar bot lain.Sampai tengahari pihak urusetia kasi rehat lu untuk pendayung2 hebat perahu naga,dihiburkan pula dengan pelakon dari cerita juvana daim dan cikgu zakiah(bukan nama sebenar yer).Ada la beberapa soalan yang ditujukan kepada peserta serta hadiah bagi yang berjaya menjawab dan ada pula adegan berlakon ala2 slot dalam cerita juvana..hahaha..lawak tol..Bukan setakat sukan air je tapi ada juga acara indoor seperti congkak,teng teng,batu seremban n beberapa lagi game yang dianjurkan urusetia.

Lepas tu datang pulak Bunny,Mr Clown n Ms Clown, AnW untuk menghiburkan si kecil..Happy je budak ni semua bila dapat belon n bergambar dengan depa ni semua..Ada juga orang dewasa yang bergambar..


Beberapa acara sukaneka diadakan seperti king kong bola, puzzle 1malaysia dan beberapa lagi acara yang menjadi acara sampingan bagi memeriahkan lagi hari tersebut.Berbagai hadiah2 lucky draw menanti semua yang hadir pada haritu..Tapi grand prize nye kena tunggu petang sebelum acar penutup..Sementara nak tunggu petang tu tengok la acara tarik tali perahu naga..Mesti korang terpingga2 kan macam mana la ek rupanya..Aku masa mula2 pun pelik gak dengar bunyi nya..Time acara tu,ada la brother ni dari jabatan mana entah,sampai 2x patah paddle dia..UUuuuwwaaaHHH memang hebat tenaga bro tu..Mana tak badan ketul2..So xdela nak kejut sangat..
Acara penutup serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri bagi mengakhiri Hari Keluarga Dan Karnival
Perahu Naga JPM 2011.
meriah nyea:)
ReplyDeletetq tiqah..biasa2 jer..just sharing..
ReplyDelete