
So T.hari tu(hari perlumbaan)pergi bertiga dengan kawan dia.Sampai je kat sana,beli makan lu..lapar la.Makan2 lu kat luar habis tu baru masuk.Masuk time tu perlumbaan 125cc tengah race,dapat la tengok berapa round 125 time tu.Berdesing gak telinga dengar enjin diaorang ditambah pulak dengan bunyi ekzoz.
Habis dah pusingan untuk 125cc,so sekarang masa untuk yang lebih besar lak..250cc atau moto2 untuk beraksi.Lagi berdesing la telinga aku ni tapi motoGP ni tak kuat sangat berbanding dengan Formula 1,itu lagi la kuat bunyi dia.So time ni masa untuk cari port snap gambar sikit.Jalan punya jalan dapat la tempat kat corok hujung tempat.Orang kurang,area pun cun so lepak situ.Dapat la snap pelumba negara 2 orang yang dapat wildcard tu,ok jugak diaorang bawak dan bagi saingan.Ada harapan la untuk menempah nama masa akan datang.So pusingan terakhir 250cc dah pun tamat.Jam menunjukkan pukul 2 lebih.Masa kemuncak untuk MotoGP 2011 dah nak sampai.Tak sabar nak tengok Rossi ambil corner.
Pusingan pertama banyak saingan diberi oleh kesemua pelumba(seperti biasa la).Dapat la jugak snap gambar rossi,stoner.Tapi bila dah masuk pusingan ke-2,perlumbaan diberhentikan.Punya la tunggu dekat 30minit.Tunggu punya tunggu,awan pun dah mendung tahu2 sorang pelumba dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan ketika mengambil selekoh.Nama pemandu dari Honda Carlo Marco Simoncelli merupakan pelumba yang berbakat serta dikira baru menyertai perlumbaan GP.Terjatuh ketika mengambil selekoh dilanggar oleh 2 orang pelumba lain yang tidak sempat mengelak dan menyebabkan kecederaan serius di bahagian belakang Marco.
Apalagi balik la.So balik ni leh edit gambar and post dalam laman web yang berkenaan.Jumpa lagi E.P berikutnya..

