My Blog List

Nuffnang

Friday, April 29, 2011

Festival Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011



Hai semua ulat2 buku..Ni ada sikit nak share nan korang yang suka buku..Hari sabtu ari tu saja je nak pergi tengok festival buku antarabangsa kuala lumpur 2011 kat pwtc. Time nak pergi tu lak hujan,adui..Jangan basah je nanti jadi tak selesa la jawabnya. Nasib kawan parking kereta kat depan pwtc n kena parking sampai ke bumbung pulak tu.Adui..Tak pela yang penting ada gak parking dari kena parking tempat lagi jauh,mampui penat nak menapak lak.
So sampai sana dalam jam 3 lebih gak la.Sampai je entrance adoi ramai nya orang.Ada yang datang dengan family,bawa awek la,ada yang dari asrama dll.So sampai benda 1st yang dibuat ialah pergi kat main spot/stage utam tengok apa ada.hehehe..Snap pe yang patut then naik level 1 pergi tengok booth2 yang dibuka kat situ.Banyak juga booth yang ambil bahagian dan tak lepaskan peluang untuk jual produk sendiri/produk orang.Ramai juga aritu biarpun event sampai 1 Mei.Mungkin sebab weekend kot.Boleh bawa anak2 nak beli buku latihan/sebagai nya.

Banyak gak yang menarik dalam tu.Terpandang la buku Ex Prime Minister Tun Mahathir.Saja tanya rege,mana tahu murah boleh capai satu biarpun buku Yaallah tebal nya ai..Harga asal Rm90 after diskaun Rm80..So Rm10 jela yang depa diskaun.Tak beli pun..hahahaha..Next time maybe..Ada gak booth untuk kaki komik yang famous macam Gempak's..Komik yang aku tahu ialah Under18.Memang best komik tu.Baca mesti puas ati la bagi yang kaki komik.

Then lepas dah snap2 kat booth yang menarik orang,pusing la tempat lain lak.Pusing punya pusing sekali ada nampak dinosur la pulak.Betui ka pe aku tengok..hahaha..Sekali rekaan depa.What a genius creation.Benda tu siap boleh bagi reaction kalo sentuh.Memang baiknya la.
Tapi ada satu area yang kawan minat time tu.Dan ternampak buku yang bertajuk "EPIC OF HANG TUAH"..Dok belek isi kat dalam ternampak satu map zaman hang tuah.OMG..Ni ke map zaman dulu?Tulisan arab lagi.

Ada gak time festival tu orang yang dah berumur datang.Tak tahu la datang sendiri atau cucu yang ajak.kihkih..Tapi bagus la depa nak juga pergi tengok/beli buku kat situ.Tapi time ni betul banyak buku yang ditunjuk.Dari ground floor sampai la tingkat 2/3 tak salah den.kalau setiap tingkat dah dekat 50 booth,bayangkan berapa banyak booth time tu n berapa buah buku ada kat situ dalam satu masa..Dari pendidikan awal hingga ke akhir nyawa..Semua ada..
Bila dok pusing2,sekali ada satu booth tu..WOW!!!pinky!!..Yang ramai kat situ ialah kaum hawa.Sebab depa minat kat warna pink kan.So paham jela.Dari buku hingga ke jurujual booth tu.Semuanya warna pink.So memang pinky la kat situ..hahahaha..Then dah hampir kul 4 lebih..So gerak la..Ada job yang perlu dilakukan.hehehe...Se next year Festival Buku Antarabangsa Kuala lumpur.

Tuesday, April 12, 2011

Cinderella

Minggu yang sudah sedih sebab tak dapat pergi F1..huhu..Tak dapat tiket so minggu lepas nak hilangkan bosan saja pergi PWTC(Putra World Trade Center) nak pergi tengok Shoe Festival..Saja tukar citarasa..hehehe..Tapi dalam hati sedih sebab tak dapat pergi F1..hahaha..Takpe,next year aku mesti pergi..

Awal lagi dah sampai PWTC..Takut ramai orang pulak kan kalau pergi lambat..Yela festival untuk kaum hawa katakan so depa mesti datang nyer..So mengelak dari KESESAKAN LALULINTAS(hahaha)pergi la awal..Lone Ranger lagi..Sampai2 je tengok kasut raksasa..fuuhhhhh!!!merah gitu colour..Ditambah pula dengan blink2 yer..Menyerlah kalau pakai time majlis rasmi..hahahaha..

Masuk je tertarik pada satu area..Pergi la area tu tengok pe depa dok bersila buat kat bawah tu..Laaaa sekali tengok2 depa tengah dok reka selipar sendiri...Ada yang letak gula2,coklat pun ada..Macam2 la..Kreatif dan Inovatif betul..hahaha..Ok la tu nak reka kasut mahal2 tak ada modal lagi,hehehe gurau ja na..Tapi menarik jugak tengok dierang dok khayal buat benda tu..Nice..

Dah puas pusing2 ternampak lak satu lagi kasut raksasa..Tapi lain macam pulak rupanya..Dok tangkap2 gambar,baru perasan rupanya kasut daripada coklat..ayoyo besar nya..Ni kalau makan pun ENAK..Masuk situ bau coklat jer..best tol..Dapat gak snap picture kasut tu..Nice job..

Nak balik la,lama2 bosan lak sebab bukan event kita..hahaha..so chow awal time tu..Just spend beberapa minit masuk dalam tu and balik..

Monday, April 11, 2011

Government Transformation Programme

Stadium Putra Bukit Jalil- Fuhhhh!!!Leh tahan juga ramai orang nak tengok artis malam ni..Awal lagi dah beratur panjang..Solamat den ada pas media,tak payah nak beratur panjang2 tu..hehehe..Hari tu cuaca pun boleh tahan panas,rentung ohhh kalau dok jemur..Baik dalam stadium..
Event start kul 6.30 so jom kita snap2 dulu..Setting apa yang patut..

Tik Tok Tik Tok..Jam dah kul 7,si F.B.I pun keluar memeriahkan event hari tu..Nasib dia ada so tak ada la bosan sangat..Ramai jugak artis yang dijemput..Yang TOP dan yang kurang TOP..Tapi takpe,kita enjoy da moment..Ramai betul press malam tu..Kena sesi selit menyelit la ini malam..hahaha..

Malam tu artis2 yang ada macam Siti nurhaliza,Amy search, Aizat, Atilia, Suki, Hattan, Zainal, Bob dan ada la lagi tak ingat dah..hehehe..Time tu sempat gak pergi changing room dierang ni untuk interview, sambil tu snap la photo depa ni..Bukan selalu dapat jumpa and snap macam ni..

Dato' Sri Najib Tun Hj Abdul Razak dengan menteri2 lain pun ada pada event yang dianjurkan oleh PEMANDU ni..

Letih gila malam tu..fuhhh..Nasib dapat gambar apa yang diperlukan so berbaloi la..

3rd Hot Ballon Festival at Putrajaya

Putrajaya- Karnival belon panas..Ramai tol orang aritu..Gila parking pun bukan main jauh..Bila parking kat jambatan habis dok kena surat cinta lak..adoi..Make some space for parking la..Hari sabtu tak dapat pergi coz ada hal lain so ahad lak kita pergi..

Ahad tu awal aku pergi sebab nak nikmati cuaca pagi tu dengan sinar2 matahari..Nasib baik pagi tu senang dapat parking,lau tak memang menapak jauh la jawap nya..huhu..Ramai jugak pagi tu sebab "TAKE OFF" pagi kul 7.30-9.00 pagi dan petang kul 4.00-6.00 petang..so jangan lepas kan peluang tu,banyak tol belon2 panas yang dapat tengok..Nasib pagi tu dapat tengok character Star Wars..hehehe..

Ramai gak yang nak tengok dengan dekat belon panas ni..Nasib ada kamera so boleh masuk sampai padang tempat depa dok buat kerja2 sebelum belon tu naik gah kat udara..hehehe..With my friend Emal kitaorang shoot berapa yang boleh sebab depa naik sekali jer,nak tunggu lagi kena tunggu petang lak la so jangan lepaskan peluang..

Macam2 style depa ni rupa nya sebelum belon tu naik kat atas..Payah gak nak kembangkan..Tarik sana sini,dok tembak nan api lagi,kipas lagi..Tapi layan gak tengok dierang ni..Best..Ramai yang bawak family dan ada yang bawak awek..Bila event macam ni la kita dapat tengok kaki dslr ni..Macam2 patern ada,ada bawak video kamera lagi..huhu hebat tol..
Dalam kepanasan pagi dan ditambah pula dengan orang yang ramai,ada juga gelagat yang dapat dirakam..

Terpikir gak,depa ni tak tersangkut ke kat jambatan/apartment kat presint 8 tu?Dah la dekat2,terbang pulak ala rendah je..Buat tersangkut mampui jer..hehehehe..Tapi best la tengok dierang terbang melintasi jambatan,apartment kat putrajaya..Memang nice view bila kat atas tengok putrajaya..Bukan setakat orang luar saja yang hantar belon2 depa tapi dari malaysia pun ada, Marriot hotel adalah calon tunggal malaysia untuk tunjuk kat semua orang malaysia yang depa pun ada belon..So impressive..Japan lak hantar belon character popular mereka,DORAEMON pada sebelah pagi nya..

Petang tu pergi lagi tapi kali ni long ranger sebab si Emal tido tak bangun2..hampeh toi..Tapi petang tu cuaca agak mendung la..Kurang best tapi still ok la dapat shoot belon2 ni..Petang tu tunggu la Doraemon dari Japan,tapi tak ada..Hampa tol..Pagi tadi ada petang tak ada lak..ayoyo..Banyak juga belon2 yang naik,bila semua dah naik nampak cantik pulak..Dengan rekaan dan warna yang menarik..

Hope next year ada lagi event macam ni kat putrajaya..hehehe..

My First Job In Video Production

Hi semua..Firstly thanks coz sudi tok lawat blog ni..Just nak share my 1st experince dalam buat video production..

2/4/11- Journey to Kluang tok shoot Hari Terbuka Udara Pasukan Udara Tentera Darat..Awal gila keluar dari putrajaya,takut tak sempat sampai sebelum perasmian..Dalam kereta tak boleh tido pulak,nasib naik kereta opis so tak adalah penat sangat nak drive ke..

Tapi pagi tu agak kelam kabut sikit..Sampai2 terus jumpa Kapten Suhaimi,dia yang bawak ke khemah utama..Sampai terus pasang tripod,punya la bukak tripod sekali tukang rasmi nya dah sampai..Dengan WB nya tak sempat main dan jer..

Ok settle sudah perasmian,so p tunggu payung terjun lak..Best nya kalau dapat terjun dari ketinggian 10000 kaki, AMAZING!..Dok depa terjun semua laki,tiba2 terjun pulak sorang perempuan..Uiikkksss hebat..Ok,another job have done..Jom pergi merayap cari bahan lain sendiri bersama Pen.Penerbit Berjaya(dahlan)./.hahaha

1230- Ok tak ada event yang best,penerbit(hadi) ajak p ladang kambing..bbbeeeekkkk...hahaha..kawan dia punya ladang..Jom p shoot ini kambing2..Time kat situ macam2 dapat belajar tentang shoot video..Ada jugak yang sudi ajar ni semua..Tapi nak load video tak dapat lagi la..Tengah mengedit hasil haritu..so kena tunggu la sehingga siap..SABAR..Banyak betul kambing2 dia..Ada la lembu susu 2/3 ekor..Orang nak kenal panggil lembu New Zealand(ala yang tompok2 tu)..

1600- Agak mendung petang tu..Cuaca yang kurang best tok shoot..Tapi takpe..Jom g tengok anjing2 depa ni buat aksi..Lompat sana,Lompat sini..Pandai jugak anjing ni ikut arahan..Tapi bukan senang la nak ajar anjing2 ni..
Macam2 depa buat..Tapi masa nak shoot tu,kena sound lak dengan orang awam.."Bang Kameraman,leh tepi sikit tak"..Siot tol..Kena la ketepi..Lepas syok tengok pertunjukkan anjing ni, kitaorang nak g dok interview abang2 perang ni..Dapat la 4/5 orang untuk interview..Macam2 gelagat depa time interview ni..hahaha..lawak juga dierang ni..

1930- Mahu berangkat pulang ke tempat halaman..Tapi sebelum tu,kita pergi pekena dulu nasi ayam best kat kluang ni..Ada orang belanja..hehehe..Settle makan,bergerak balik..huhu..Pengalaman yang best kali ni,macam2 benda dipelajari,macam2 benda baru dibuat..Orang kata Jauh pemandangan,Luas Pengalaman