
Minggu lepas saya balik kampung sebab akak saya kawin. Gerak hari rabu malam sebab nikah nya langsung hari jumaat jadi kena la balik awal. Sampai melaka dalam jam 10.30 malam macam tu. Sampai je tengok semua tengah giat gotong royong kemas rumah. Peluk la mak setelah lama tak balik kampung. Tapi lepas simpan barang semua dalam bilik bukan nya tolong,pergi ramuan cina jumpa abang ipar. Lepas chit chat tengok jam dah kul 4 lebih,gerak dulu la balik. Jauh jugak nak balik rumah,sorang pulak tu. Sampai je rumah terus masuk tidur,penat sangat.

Esoknya kena bangun pagi lak sebab nak kemas sikit khemah. Dengan muka lalok lak tu sebab tidur lewat bangun awal. Nikah nya lepas asar so ada masa sikit la kejap lagi nak tidur balik.hehehe..Mak sibuk dengan jiran2 masak kat belakang rumah. Si akak sibuk dengan goodies nya. Si anak nasib baik tidur. Kalau tak nak dengan daddy dia je. Asar pun tiba tapi pengantin tak muncul lagi, orang masjid dah datang untuk nikah kan. Sementara tunggu pengantin lelaki yang sangkut jalan jem, pengantin perempuan pun sain la apa yang patut dulu depan tok imam dan saksi. Dalam 5.20 baru la sampai si pengantin lelaki. Nash pun ikut sekali rombongan sebab bapa pengantin lelaki adik kepada nash. So dengar la khutbah nikah kejap sebelum akad dilangsungkan.


Agak pucat juga la muka pengantin sebelum akad dijalankan. Selesai khutbah, imam pun mengenggam tangan pengantin lelaki "Aku nikah kan dikau Faiz dengan Masnieza Shahida dengan mas kahwin Rm40 tunai" dan pengantin lelaki pun menjawab "Aku terima nikahnya masnieza shahida dengan mas kahwin Rm40 tunai". fuuuhhh lega muka kedua2 pengantin. Sah sudah jadi laki bini. Lepas nikah tu ambil la gambar sikit posing sikit,sarung cincin la cium dahi la.


Hari bersanding menjelang tiba, masing2 tak cukup tidur. Adat la dalam time2 macam ni. Pagi tu sementara tunggu bersanding pukul 1.30 petang, snap la gambar sikit kat meja tetamu. Lepas tu layan anak kejap, makan. Boleh tahan la jugak lauk pauk nya. Ramai juga yang datang hari tu, member ada juga yang datang. So masa bersanding pun tiba,time tu punya la panas cuaca. Syukur la panas dari hujan. Tapi berpeluh juga la macam air paip.hahaha.Settle bersanding, makan beradab dalam jam 4 lebih. Ikut lak pergi photoshoot kat taman botanik ayer keroh. Bawa si abang ikut sekali. Habis dia tumpahkan air milo kat baju melayu daddy dia ni hah. Time nak masuk ke dalam tu, tinggal kan dia dengan kawan pengantin perempuan takut bawa dia masuk dalam.

Hampir 1 jam juga la shoot kat dalam tu. Baru 1st time pergi photoshoot, pinga2 juga la.haaaha.Ok dah settle balik la hari pun dah nak mahgrib dah.Si abg ni dah berak,pampers tak bawa. Letih juga la. Balik tu mandi2 lepas tu nak keluar pulak pergi beli barang untuk ke rumah sebelah lelaki. Balik dalam jam 10 lepas tu rest kat rumah. Hilangkan rasa penat yang dah tempuh 1hari ni.

29/05/2011- Gerak rumah pengantin lelaki dalam jam 1 sebab nak berarak dalam kul 1.30. So pergi sana dalam 5 biji kereta sebab sedara mara ramai dah pergi ke rumah lain pula,maklum la cuti sekolah kan so banyak la kenduri sana sini. Sampai2 je terus pergi dewan, pengantin dengan kompang dah standby tunggu kitaorang. So dah berarak tu, pihak perempuan ada la meja sendiri sebab dah dibahagikan meja. Masa pengantin berarak tu special sikit. Nampak megah bila pengantin duduk di kerusi pelamin sebab majlis dalam dewan so pelamin ada di atas.


Lepas dah bersanding,makan beradab pula. Sambil makan tu,tetamu yang hadir dihiburkan dengan suara nash serta pasukan tarian yang dijemput khas oleh pihak pengantin lelaki. Bertambah meriah majlis ketika itu sambil makan beradab. Si abang dan adik bukan main syok lagi tidur. Bapa pengantin pula sempat lagi nak berkaraoke lagu favourite dia " si ikan kaloi".Itu jela lagu dia tak ada lagu lain.
Jam 3 lepas makan beradab tu kawan2,sedara mara semua syok la ambil gambar dengan pengantin kat meja makan. Beratur juga la nak ambil gambar tu.Macam artis haritu.hahaha. Setelah lama menunggu,giliran keluarga pengantin perempuan pula untuk ambil gambar. Tapi kali ni kat pelamin pula.Special sikit.Snap3.
Ok masa untuk balik rumah untuk rehat dan packing barang untuk balik ke putrajaya semula. "SELAMAT PENGANTIN BARU K.TIT"-moga panjang umur, berkekalan, murah rezeki dan dapat anak cepat2.